My Add

Wednesday 6 June 2012

Penduduk bantah pemaju ceroboh jalan masuk

                   *JALAN utama ke Kampung Pokok Asam dipenuhi longgokan pasir di Jelutong,
                   Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, SELASA, 05 Jun, 2012: Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur hari ini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan sebuah syarikat pemaju swasta yang ‘menceroboh’ jalan masuk utama ke kampung mereka bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah pangsapuri dan pusat komersial.

Pengerusinya, Zarul Yusof berkata, lebih 26 keluarga di Kampung Pokok Asam itu kini menghadapi masalah kerana jalan harian yang digunakan mereka turut digunakan oleh pemaju sehingga menyebabkan jalan mengalami kerosakan.

“Pemaju tidak pernah berbincang dengan kami tentang laluan lori keluar masuk sebaliknya merancang pelan jalan yang melibatkan lot-lot tanah bersebelahan dan kemudiannya terus mengedarkan surat pemberitahuan peguam mereka kepada penduduk," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment