My Add

Tuesday 19 June 2012

Pengurus bebas pertuduhan miliki peluru, pistol

PETALING JAYA, ISNIN, 18 Jun, 2012: Mahkamah Sesyen di sini melepas serta membebaskan seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan daripada pertuduhan memiliki 11 butir peluru tanpa lesen senjata dan sepucuk pistol.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap P.Varatharajoo.

Varatharajoo, 40, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di dalam bilik Tenaga Nasional Berhad, Kondominium Beverly Residence, Jalan Bandar Utama, Selangor pada 8.15 malam, 20 Julai 2011.

Sembilan saksi memberi keterangan dan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Ra manakala peguam Datuk Suraj Singh mewakili tertuduh.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment