My Add

Tuesday 19 June 2012

Penolong Editor Bernama meninggal dunia

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: 19 Jun - Jeffri Mohd Rafiee, Penolong Editor Meja Penyunting Bahasa Inggeris di Perkhidmatan Berita Ekonomi, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi ini akibat sakit jantung.

Allahyarham berusia 44 tahun.

Allahyarham, yang menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 3.20 pagi ini, meninggalkan isteri Yati Yassin, 41, dan tiga anak perempuan.

Jenazah allahyarham kini berada di kediamannya di 21, Jalan 15/5H, Seksyen 15, Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi sebelum solat Zohor.

Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Sabtu lalu selepas diserang sakit jantung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment