My Add

Monday 25 June 2012

Penutupan sementara R&R PLUS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan, demikian menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) hari ini. 

Penutupan bermula dari 7 pagi hingga 4 petang membabitkan Hentian Sebelah Senawang (arah ke utara) esok manakala Hentian Sebelah Senawang (arah ke selatan) lusa.

Penutupan R&R Rawang (arah ke utara) pula akan bermula 9 pagi hingga 5 petang Rabu ini dan Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah ke selatan) pada Khamis ini bermula dari 10 pagi hingga 5 petang.

Berikutan penutupan itu, gerai makanan di kawasan tersebut akan turut ditutup sementara kecuali di stesen minyak berhampiran. 

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi PLUS di talian 03-7801 6666 atau melayari laman www.plus.com.my. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment