My Add

Thursday 7 June 2012

Penyelidik USM cipta mi berupaya bantu turunkan berat badan

GEORGETOWN, KHAMIS, 07 Jun, 201: Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.

Ketua Penyelidik, Prof. Azhar Mat Easa berkata, produk yang dipanggil mi berlapis itu diperkaya dengan zat kapsaicin bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.

"Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment