My Add

Friday 15 June 2012

Penyenaraian IHH: Khazanah untung RM4.9b

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Penyenaraian Integrated Healthcare Holdings Sdn Bhd (IHH) bulan depan, akan menyaksikan syarikat pemegangan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, memperoleh RM4.9 bilion dalam bentuk keuntungan yang tidak dinyata menerusi pegangan 62 peratus dalam syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan antarabangsa itu.

Ini berikutan pelancaran serentak prospektus IHH hari ini di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Penguasa Kewangan Singapura untuk menyenaraikan sahamnya di bursa saham kedua-dua negara bulan depan, demikian menurut sumber terdekat dengan pengapungan tersebut.

Difahamkan juga, antara kandungan prospektus itu ialah pembelian saham oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pelabur strategik utama antarabangsa pada harga RM2.85 sesaham.

Dengan harga purata kos sesaham IHH sebelum pengapungan pada RM1.56, Khazanah bakal mengaut keuntungan sebanyak RM4.9 bilion menerusi pegangan 3.85 bilion saham IHHnya.

“Penyenaraian IHH telah menarik langganan berlebihan daripada para pelabur strategik utama dari serata dunia, dan ini akan mendiamkan para pengkritik yang mengatakan Khazanah terlebih bayar ke atas pembelian Parkway Holding Singapore pada tahun 2010.

“Kini, hanya selepas dua tahun Parkway diambil alih, Khazanah telah menggabungkan aset-aset kesihatannya untuk menjadi pengendali hospital swasta kedua terbesar di dunia," kata sumber tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment