My Add

Thursday 7 June 2012

Peraturan manifesto di RTM diumum selepas Parlimen bubar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2011: Butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat dan peraturan itu perlu diikuti agar setiap parti politik mempunyai pengertian mengenai amalan berlandaskan nilai-nilai murni yang boleh diterima pakai dalam dunia penyiaran tv dan radio.

"Semua pihak yang ingin mengemukakan manifesto parti masing-masing terikat dengan beberapa prinsip peraturan dan juga apa yang disebut sebagai ikatan sosial yang ada dalam pegangan pihak berkuasa seperti RTM dan juga stesen tv dan radio yang lain.

"Huraian terperinci akan diumumkan apabila masanya sampai setelah diberi isyarat oleh pihak-pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ia juga bergantung kepada bila Dewan Rakyat dibubarkan. Apabila itu berlaku, khidmat ini akan kita sampaikan kepada semua yang berhak," katanya kepada selepas melancarkan buku "Penyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni 1Malaysia" terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment