My Add

Thursday 21 June 2012

Perbuatan khianat: 13 motosikal terbakar di flat Sungai Bonus

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Sebanyak 13 motosikal dilaporkan hangus terbakar di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini awal pagi tadi yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi dan pihak bomba yang menerima maklumat dari orang awam tiba lima minit kemudian.

"Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dengan kekuatan satu jentera bomba bersama tujuh anggota,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, motif sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih lagi disiasat. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment