My Add

Tuesday 19 June 2012

Perintah darurat di selatan Thai dilanjutkan

BANGKOK, SELASA, 19 Jun, 2012: Perintah darurat di tiga wilayah selatan Thailand yang bergolak dilanjutkan selama tiga bulan lagi. 

Timbalan jurucakap kerajaan Anusorn Lamsaart berkata, mesyuarat kabinet hari ini bersetuju untuk melanjutkan perintah itu dari 20 Jun hingga 19 September di Pattani, Yala dan Narathiwat.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara merasakan bahawa tempoh itu perlu disambung walaupun pada keseluruhannya situasi bertambah baik.
Perintah darurat diperkenalkan di tiga wilayah itu sejak 2004 dan sejak itu ia disambung setiap tiga bulan. 

Lebih 5,000 orang terbunuh apabila kumpulan pemisah memulakan kembali kempen bersenjata bagi menuntut kemerdekaan di tiga wilayah itu, lapan tahun lalu. 

Beliau berkata, pihak berkuasa akan menilai situasi di setiap kawasan sejak tiga bulan lalu dan dalam tempoh tiga bulan lagi bagi membuat pertimbangan sama ada menarik balik perintah darurat di kawasan tertentu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment