My Add

Saturday 16 June 2012

Pertahankan Bukit Damansara

*MUHYIDDIN Yassin dan Noorainee Abdul Rahman hadir beramah mesra bersama penduduk Bukit Damansara pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-12 anjuran Persatuan Penduduk Bukit Damansara di Kelab Golf Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Oleh METRA 
SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangunan Greater Kuala Lumpur serta pembinaan infrastruktur transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) tidak seharusnya membawa kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk di kawasan terbabit.

Justeru kata Timbalan Perdana Menteri, persekitaran Bukit Damansara perlu dikekalkan sebagai kawasan selamat, segar dan tidak diganggu dengan pembangunan tidak terancang.

"Saya rasa kawasan ini cukup istimewa. Kira-kira 12 tahun lalu saya berbincang dengan isteri untuk menetap di sini. Kawasan ini cukup strategik. Oleh itu wajarlah persatuan penduduk di sini berjuang memastikan Bukit Damansara kekal selamat dan tidak terganggu.

"Saya yakin dengan usaha persatuan yang berani menyuarakan kebimbangan dan berdepan pihak berkuasa, pembangunan persekitaran tidak akan membawa kesan negatif kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Sempena Ulang Tahun Ke-12 Persatuan Pemilik Rumah Bukit Damansara di sini malam ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga ahli persatuan itu turut meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut yang merupakan jiran-jirannya.

Ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, antara acara yang diadakan sempena malam gala itu adalah bidaan barang kemas dan rekaan batik dari Galeri Seri Endon bagi mengisi tabung kebajikan.

Beliau turut mengatakan persetujuan untuk menghulurkan bantuan terhadap usaha-usaha memperbaiki kemudahan di Bukit Damansara.

Hadir sama, Presiden persatuan tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment