My Add

Tuesday 5 June 2012

Perubahan waktu operasi pusat khidmat pelanggan PLUS

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membuat beberapa perubahan terhadap waktu operasi pusat khidmat pelanggan dan lorong tambah nilainya mulai esok bagi memberi kemudahan kepada pengguna terutama pada waktu puncak.

Satu kenyataan PLUS hari ini menerangkan waktu baru operasi pusat-pusat berkenaan dari Isnin hingga Ahad bermula jam 7 pagi hingga 10 malam di bahagian utara meliputi Jitra, Sungai Dua dan Jawi.

Sementara di bahagian tengah pula melibatkan Jalan Duta, Damansara, Kota Damansara, Subang, Setia Alam, Sungai Rasau, Batu Tiga, Sungai Besi dan Kajang.

Di bahagian selatan hanya membabitkan Kempas sahaja.

Menurut kenyataan itu, waktu operasi Isnin ke Ahad bermula jam 7 pagi hingga 8 malam di pusat khidmat pelanggan bahagian utara melibatkan Alor Setar Utara, Pendang, Sungai Petani Selatan, Juru, Bukit Tambun Selatan, Taiping Utara dan Kuala Kangsar, bahagian tengah melibatkan Ipoh Selatan, Tapah, Bidor, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), USJ, Seafield dan Bandar Baru Nilai.

Bagi pusat khidmat pelanggan di bahagian selatan operasi dari 7 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad melibatkan Senawang, Ayer Keroh, Yong Peng Utara, Ayer Hitam, Kulai, Skudai dan Taman Perling. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment