My Add

Tuesday 19 June 2012

Peserta Kembara Bumi Suci ziarah Masjid Al-Aqsa

*GAMBAR yang dirakam oleh peserta ekspedisi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 mengenai papan tanda menunjukkan arah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, kelmarin.

BAITULMAQDIS, ISNIN, 18 Jun, 2012: Tiada yang lebih bermakna bagi anggota konvoi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 (KBS2) apabila berpeluang menziarahi satu daripada masjid paling mulia dalam Islam, Masjid Al-Aqsa di sini, kelmarin.

Mereka memasuki wilayah yang ditakluki rejim Zionis ini melalui Amman, Jordan selepas tiba dengan penerbangan dari Istanbul setelah ekspedisi KBS2 melalui jalan darat terpaksa ditamatkan ekoran krisis domestik yang serius di Syria sekarang.

Ketua Ekspedisi KBS2, Azman Baharuddin berkata, program berkenaan merupakan antara agenda utama ekspedisi tersebut dirancang dan dilaksanakan sejak dilepaskan pada 21 April lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment