My Add

Saturday 16 June 2012

PGM perkenal program Road To Olympics 2016

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) akan memperkenalkan program sekolah kelayakan Road To Olympics 2016 bagi melahirkan barisan pelapis pemain profesional berprestasi tinggi.

Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata program bulanan itu akan bermulai 3 Julai ini sehingga 2016 dengan 12 kejohanan setiap tahun di pelbagai lapangan golf di negara ini.

"Kejohanan ini juga dikenali Jelajah Satelit PGM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memperkenalkan acara golf dalam Sukan Olimpik pada edisi 2016 di Rio De Janeiro, Brazil.

Ahmad Sarji berkata, pemain yang layak daripada program itu akan diberikan kad Jelajah PGM yang sah selama 12 bulan.

Kejohanan tersebut terbuka kepada semua pemain profesional negara dan pemain amatur yang mempunyai handikap bawah lima.

Yuran penyertaan adalah RM450 bagi setiap kejohanan dan tarikh tutup adalah seminggu sebelum tarikh kejohanan.

Juara setiap kejohanan akan menerima hadiah wang tunai RM2,000, naib juara RM1,500, tempat ketiga RM1,000, RM750 (keempat) dan tempat kelima menerima RM500.

Pemain boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi K.C. Chee di talian 012-3140152 atau pengarah kejohanan Brig Jen (B) Ron S.Mahendran di talian 03-2096-2348/2349.

Tarikh Kejohanan 2012: 3-5 Julai - Impian Golf & Country Club, Kajang 10-12 Sept - Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Pahang 11-13 Okt - Harvard Golf & Country Club, Kedah.

14-16 Nov - Kinrara Golf Club, Puchong 12-14 Dis - Harvard Golf & Country Club, Kedah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment