My Add

Monday 18 June 2012

Pilih parti laksanakan manifesto

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun,201: Rakyat perlu memilih parti yang mampu melaksanakan setiap manifesto dijanjikan dan bukannya parti yang gagal berbuat demikian selepas diberi mandat memerintah meskipun nama atau manifesto parti terbabit dilihat Islamik.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt, Jordan, Syeikh Dr. Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool berkata, nama bagi parti tidak penting sebaliknya kemampuan melaksanakan janji-janji kepada rakyat, berkhidmat untuk rakyat seharusnya menjadi sandaran sebagai parti pilihan.

Hakikatnya beliau berkata, terdapat parti di sesetengah negara yang membawa syiar Islam, manifestonya begitu Islamik namun ia lebih bersifat ada udang di sebalik batu.

"Kita sepatutnya melihat setiap agenda (manifesto) dengan teliti dan tidak berhenti di situ sahaja. Perlu pula dilihat pelaksanaannya. Oleh itu kita mesti memilih mana-mana parti yang lebih kuat dalam konteks khidmat mereka kepada masyarakat," katanya.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment