My Add

Wednesday 20 June 2012

PLUS pandang serius isu keselamatan jurutol

KUALA LUMPUR, RABU, 2O Jun, 2012: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata ia sentiasa memperbaiki langkah-langkah keselamatan secara berterusan bagi memastikan keselamatan petugas di plaza tol berada pada tahap terbaik setiap masa.

"Keselamatan jurutol adalah amat penting dan PLUS memang mempunyai prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi terutama dalam urusan mengendalikan wang kutipan,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi dalam kenyataan semalam.

Namun, PLUS berkata prosedur keselamatan tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kakNSIDitangan yang bertugas di plaza tol, memandangkan ia mencakupi pergerakan jurutol ketika urusan mengendalikan wang kutipan.

Pada Jumaat lepas, dua jurutol cedera terkena tembakan dalam kejadian samun kira-kira 10 malam di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment