My Add

Thursday 21 June 2012

Program Angkasawan Kedua ditangguhkan

JOHOR BAHRU, RABU, 20 Jun, 2012: Angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed tidak lagi meneruskan latihan di Rusia bagi persiapan Program Angkasawan Kedua apabila ia diberhentikan bagi satu jangka masa yang tidak ditetapkan.

Dr. Faiz berkata, penangguhan latihan itu dimaklumkan kepadanya pada mesyuarat singkat bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madinah Mohamad di Putrajaya, dua minggu lalu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan latihan saya untuk Program Angkasawan Kedua diberhentikan seketika atas alasan yang saya sendiri tidak pasti.

"Hal ini menyebabkan saya tidak pasti dengan hala tuju saya selepas ini," katanya ketika ditemui pada Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012 serta Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment