My Add

Monday 18 June 2012

PRU-13: PCM akan bertanding di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM,ISNIN, 18 Jun, 2012: Parti Cinta Malaysia (PCM) akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan lebih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Huan Cheng Guan berkata, dua kerusi Parlimen terbabit ialah Batu Kawan dan Bagan manakala kerusi bagi DUN ialah Machang Bubok, Bukit Tengah, Perai, Bagan Dalam, Bagan Jermal dan beberapa lagi kerusi yang akan dikenal pasti dalam masa terdekat.

"PCM mengambil keputusan bertanding kerana yakin pengundi memberi sokongan kepada kami di Pulau Pinang dan saya sendiri akan bertanding di Parlimen Batu Kawan dan DUN Machang Bubuk," katanya pada sidang akhbar di pejabat PCM Machang Bubuk, di sini hari ini.

Katanya calon untuk bertanding telah dikenal pasti dan mereka terdiri daripada orang tempatan yang diyakini mampu memberi saingan kepada calon parti lain.

"100 peratus calon adalah orang tempatan kerana kita percaya hanya orang Pulau Pinang tahu macam mana nak bantu penduduk di sini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment