My Add

Tuesday 19 June 2012

Pusat promosi industri perkayuan Sabah

KOTA KINABALU, ISNIN, 18 Jun, 2012: Pusat Promosi Perabot Alamesra di Sabah diharap dapat membangunkan industri perkayuan di negeri ini, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok hari ini.

Katanya, ini kerana sumbangan dan penglibatan industri kecil dan sederhana (IKS) Bumiputera dalam industri tersebut masih di tahap rendah.

"Pada tahun lepas, terdapat 284 pengusaha perabot Bumiputera di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 29 pengusaha dari Sabah yang hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja," katanya pada majlis perasmian pusat bernilai RM1.2 juta itu di sini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Wifred Madius Tangau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment