My Add

Wednesday 20 June 2012

PVTM nafi mahu berdemonstrasi

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) menafikan akan mengadakan demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini.

Presidennya, Mohd. Ali Baharom berkata, pihaknya sentiasa akur dengan pucuk pimpinan tertinggi negara dan merupakan penyokong kuat kerajaan.

Kata beliau, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir pihak-pihak tertentu yang dilihat mempunyai niat jahat terhadap PVTM.

"Saya sebagai Presiden PVTM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menegaskan tiada sebarang demonstrasi akan dilakukan pada tarikh tersebut di hadapan Kementerian Pertahanan dan saya minta semua ahli akur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Mohd. Ali mengeluarkan kenyataan akan mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwa kementerian berkenaan tidak menghargai PVTM dalam isu kebajikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment