My Add

Monday 18 June 2012

Rakyat menanti jawapan Wan Azizah

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR. AHAD, 17 Jun, 2012: Rakyat masih berharap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 'membuka mulut' bagi menjawab tuduhan yang dikemukakan beberapa pihak mengenai salah laku moral membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, bukan sahaja membuka mulut, rakyat juga mahu melihat Wan Azizah mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar Taharin bagi membuat penafian secara terbuka terhadap dakwaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan berkaitan hubungan sulit Anwar.

"Kita yakin rakyat masih menunggu Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengadakan sidang akhbar bersama bagi membersihkan nama serta maruah beliau dan Anwar, Shamsidar (isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) serta parti itu sendiri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment