My Add

Tuesday 5 June 2012

RAPID: Polis Johor tubuh pasukan siasatan khas

JOHOR BAHRU, SELASA, 05 Jun, 2012: Polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat laporan polis berkaitan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas yang bernilai RM60 bilion di Pengerang. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata siasatan akan dibuat menurut Kanun Keseksaan kerana laporan polis mendakwa ada unsur hasutan, ugutan dan fitnah.

"Sehingga kini polis sudah menerima 45 laporan daripada pelbagai pihak yang antaranya membabitkan soal bantahan terhadap projek, bantahan terhadap demonstrasi menentang projek dan laporan mengenai pencerobohan tanah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, polis juga mengesan ada pihak tertentu menyebarkan risalah mengandungi maklumat palsu dipercayai bertujuan mensabotaj projek tersebut. 

Beliau turut menasihati mereka yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan projek berkenaan agar tidak bertindak sesuka hati, termasuk dengan menggembar-gemburkan aspek keselamatan projek. 

Mengenai "Himpunan Menjunjung Taat Setia" di Istana Pasir Pelangi pada 10 Jun ini, Mohd Mokhtar berkata beliau sudah meminta Pemuda UMNO Johor selaku penganjur agar mendapatkan panduan keselamatan daripada ketua polis daerah. 

Perhimpunan itu bertujuan menyatakan sokongan rakyat terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment