My Add

Wednesday 20 June 2012

RM3 bilion, siasat kalau ada bukti, kata Anwar

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya.

"Saya akan bagi kerjasama, kalau ada bukti lain tiada masalah, kita boleh berbeza politik tetapi untuk terus tuduh-menuduh tidak perlu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata perlu ada siasatan terbuka berhubung dakwaan berkenaan dan pihak berkuasa boleh menyiasat akaunnya serta akaun anggota keluarga beliau.

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion semasa berkhidmat dengan kerajaan pada 1990-an.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas.

Anwar berkata pada ketika itu, beliau telah memberi kerjasama penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada masa itu yang datang menemui beliau di Penjara Sungai Buloh. - BeERNAMA

No comments:

Post a Comment