CAMERON HIGLANDS, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan kira-kira RM4 juta untuk membina dan menaik taraf beberapa kemudahan awam di sini.
Peruntukan membabitkan RM1 juta untuk kerja menaik taraf padang bola di sini, RM2 juta untuk membina sebuah dewan masyarakat untuk kaum India dan RM900,000 untuk pembinaan enam gelanggang futsal.
Pengumuman kelulusan itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mewakili Muhyiddin pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.
Adnan turut mewakili Muhyiddin menyerahkan surat kelulusan hak milik strata Perumahan Awam Kos Rendah Lembah Jasar, Tanah Rata dan Jalan Kuari, Brinchang. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment