My Add

Thursday 21 June 2012

Saya bukan bekerja dengan Husam - Syed Azidi

KOTA BHARU, RABU, 20 Jun, 2012: Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan beliau tidak perlu mendengar 'arahan' Exco kanan Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang memintanya mendedahkan bukti salah laku seorang pegawai kanan dan skandal yang menyelubungi syarikat Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT).

Beliau yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebaliknya mengulangi pendirian meminta Husam memberikan penjelasan berhubung masalah yang berlaku dalam syarikat pengeluar dinar dan dirham Kelantan itu.

"Saya tidak bekerja dengan Husam, jadi siapa Husam hendak memberi arahan kepada saya, tetapi Husam makan gaji dengan rakyat, jadi jangan makan gaji buta, jawab segera pada rakyat.

"Husam nafi sana, nafi sini. Bila kita sudah siar laporan polis, dia hendak tekan kita pula. Sebagai seorang Islam, Husam patut amanah dan jangan berselindung di sebalik saman sahaja. Saya adalah pengundi dan Husam adalah wakil rakyat. Sekarang jawab, jangan berdalih," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment