My Add

Friday 8 June 2012

Saya masih tunggu jawapan Anwar - Nalla

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan masih menunggu jawapan pernyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya pada Mac lepas.

Beliau pelik mengapa Ketua Pembangkang itu sehingga kini masih belum menyatakan sebarang jawapan berkaitan perkara tersebut.

"Saya sungguh hairan mengapa Anwar masih belum memberi sebarang kata putus, saya masih lagi ternanti-nanti pernyataan pembelaan ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian baru Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perintah Mahkamah Tinggi di sini yang memberi tempoh sehingga 20 Jun ini untuk Anwar menjawab pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Terdahulu, beliau yang merupakan Presiden MIUP menerima borang penyertaan 750 ahli baru dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Mengulas penyertaan ahli-ahli baru tersebut, Nallakaruppan menjelaskan, mereka terdiri daripada golongan muda India yang mahukan perubahan selain menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MIUP yang ditubuhkan pada tahun 2007 mendakwa parti itu kini mempunyai lebih 27,000 ahli di seluruh negara dan menyasarkan lebih ramai menyertai parti tersebut dalam jangka masa terdekat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment