My Add

Tuesday 19 June 2012

SC perkenal kaedah saringan Syariah baru

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Malaysia akan melakukan semakan semula ke atas kaedah penyaringan dalam menentukan status kepatuhan Syariah bagi syarikat-syarikat tersenarai.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kenyataannya hari ini berkata, pemakaian kaedah penyaringan baru perlu diperkenalkan memandangkan kaedah sekarang telah diguna pakai sejak 1995.

"MPS telah menyemak kaedah penyaringan itu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna pakai ukur rujuk aktiviti perniagaan dan ukur rujuk nisbah kewangan yang baru diperkenalkan.

"Hasil daripada kaedah yang disemak semula itu akan dibentangkan dalam Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh MPS SC berkuat kuasa mulai November 2013," kata kenyataan tersebut.

Sebagai tambahan kepada penilaian kuantitatif dua peringkat itu, penilaian kuantitatif yang ada kini akan terus digunapakai, manakala senarai sekuriti patuh Syariah tetap akan dikeluarkan sebanyak dua kali setahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment