My Add

Friday 8 June 2012

Selangor cairkan aset Unisel

SHAH ALAM, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor mengambil keputusan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) sebagai reaksi drastik terhadap langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar baru universiti milik kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui tindakan bersifat jangka pendek itu, Unisel akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.

“Kerajaan negeri memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Unisel yang teraniaya ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan membekukan PTPTN kepada pelajar universiti tersebut.

“Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil daripada usaha itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment