My Add

Monday 18 June 2012

Senarai calon Pas 90 peratus siap

SHAH ALAM, AHAD, 17 Jun, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, senarai calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 akan datang telah hampir siap sepenuhnya.

Beliau berkata, senarai itu telah diterima dari hampir semua negeri melibatkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi pengumumannya akan hanya dibuat pada hari penamaan calon nanti.

Beliau enggan mengulas mengenai kemungkinan wujudnya perubahan besar dalam senarai calon itu.

“Senarai calon, kita dah berjaya selesaikan lebih 90 peratus melibatkan keseluruhan kerusi Parlimen dan DUN. Banyak negeri dah selesai, kita serah kepada Pas negeri masing-masing," katanya selepas menghadiri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat negeri di sini.

Ketika mengulas cadangan Pas Kelantan membenarkan semula wanita menyertai tilawah al-Quran di negeri setelah mengharamkannya sejak tahun 1990, Abdul Hadi berkata, ia terpulang kepada kerajaan negeri berkenaan untuk melaksanakannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment