My Add

Thursday 14 June 2012

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan darah di muka

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Jun, 2012 : Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan darah di bahagian muka, di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat Lee Kiew Sang, 53, ditemui penduduk yang melalui kawasan itu pada kira-kira jam 9.30 pagi.

"Mangsa yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu ditemui terbaring dengan berpakaian lengkap kemeja putih dan berseluar jeans biru," katanya melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.
Zulkarnain berkata, barang milik mangsa seperti dompet dan kad kredit ditemui di tempat kejadian.

"Tiada sebarang senjata ditemui dan usaha mengesan anggota keluarga Lee sedang dijalankan," katanya. 

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment