My Add

Saturday 16 June 2012

Siasat laporan akaun induk RM3 bilion

KULIM, SABTU, 16 Jun, 2012: Ahli Parlimen bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan meminta kerajaan menyiasat laporan yang dibuat beberapa pihak terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pernah mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion. 

Katanya, beliau akan membuat gesaan berhubung perkara itu pada sidang Parlimen, Isnin ini dan meminta semua badan bukan kerajaan (NGO) dan politik supaya terus membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu bersama Umno Bahagian Padang Serai dan 16 badan bukan kerajaan (NGO) di sini, petang semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment