My Add

Saturday 16 June 2012

Sitam, si kerbau kaki bola

*GELAGATSitam menjadi penjaga gol ketika sekumpulan remaja wanita bermain bola di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak, baru-baru ini. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

Oleh ZAAIN ZIN 
LIMBANG, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Seekor kerbau jantan di Kampung Meritam di sini, menjadi kesayangan penduduk apabila menunjukkan kebolehan bermain bola sepak.

Lebih menarik, kerbau berusia tiga tahun setengah yang digelar Sitam itu turut menemani pemiliknya menyertai golongan belia di kampung berkenaan bermain bola sepak.

Pemiliknya, Sakdi Osman, 38, berkata, dia menyedari minat Sitam bermain bola sepak kira-kira setahun lalu.

Menurutnya, dia gemar bersiar-siar sambil menunggang Sitam mengelilingi kampung pada waktu petang sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan lumba kerbau sempena Pesta Babulang pada setiap tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment