My Add

Wednesday 20 June 2012

Skandal KGT: Syed Azidi sedia kemuka bukti

KOTA BHARU, SELASA, 19 Jun, 201: Dakwaan skandal dinar emas yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) terus memuncak apabila penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar) bersedia mendedahkan bukti-bukti penyelewengan yang berlaku dalam syarikat milik kerajaan Pas Kelantan itu.

Malah, bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu juga tidak gentar dengan ugutan saman yang mungkin diambil oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa supaya rakyat Kelantan tahu kebenaran di sebalik dakwaan yang beliau sifatkan skandal mata wang syariah terbesar.

Sebaliknya, Syed Azidi dengan tegas mendesak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri itu menjawab 10 soalan yang telah dikemukakan dalam blognya http:kickdefella.net, selain tidak menggunakan saluran undang-undang sebagai satu ugutan kepada rakyat termasuk media yang mahukan kebenaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment