My Add

Thursday 21 June 2012

SKMM bina pencawang telekomunikasi di 10 lokasi di Pahang

TEMERLOH, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina pencawang baru menggunakan teknologi nano di 10 lokasi di negeri ini tahun ini.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Datuk Mohd Shafie Harun berkata, sebanyak 73 lokasi turut dikenal pasti untuk projek menaik taraf perkhidmatan talian mudah alih dan jalur lebar.

"Pencawang baru berkenaan untuk memudahkan penduduk terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak menerima sebarang perkhidmatan talian mudah alih atau jalur lebar berhubung terus dengan dunia luar.

"Sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek tersebut termasuk kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan sedia ada di seluruh negeri ini," katanya di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, teknologi nano yang diguna pakai SKMM itu adalah teknologi terbaru dan memberi lebih keselesaan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk mengakses internet.

Beliau berkata, pembinaan pencawang baru itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada penduduk serta pelajar yang memiliki komputer netbook 1Malaysia untuk mengakses internet dengan lebih mudah.

Katanya, kerja menaik taraf perkhidmatan talian telekomunikasi daripada 2G kepada 3G juga akan dilakukan dan ia bagi membolehkan penduduk di sesetengah kawasan yang mendapat liputan telefon mudah alih secara terhad untuk mendapat liputan yang lebih menyeluruh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment