My Add

Sunday 17 June 2012

SPRM terima 'bukti baru'

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima bukti baru berkaitan pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali daripada ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali.

Menurut Ummi Hafilda, bukti tersebut yang berupa beberapa dokumen diserahkan kepada pegawai penyiasat SPRM dalam satu pertemuan dengan mereka di ibu kota, Rabu lalu.

Katanya, tindakan pantas SPRM tersebut dibuat ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia pada hari berkenaan, mengenai bukti yang ada pada beliau berhubung kes itu.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga.

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment