My Add

Wednesday 6 June 2012

Sri Wani diperintah tunjuk sebab, tidak boleh dipenjara

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: Pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah kini berkemungkinan berhadapan dengan hukuman penjara atau denda apabila suaminya memohon, isteri ketiga itu memberikan sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan hukuman tersebut atas dakwaan melanggar perintah mahkamah.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdul Walid Abu Hassan menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 4 Julai ini bagi memberi peluang kepada Sri Wani selaku responden untuk menjawab secara bertulis notis tunjuk sebab itu.

Pemohon, Dr. Bahrom Sanugi, 61, yang merupakan bekas Dekan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memfailkan permohonan tersebut pada 17 April lalu dan mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab itu, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment