My Add

Friday 8 June 2012

Sri Wani 'lepas geram'

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah hari ini ‘melepaskan geram’ terhadap suaminya dan juga peguam syarie yang mewakili lelaki itu, yang didakwa bersuhabat untuk menjatuhkannya dan memasukkannya ke dalam penjara.

Situasi itu tercetus apabila Sri Wani dengan izin mahkamah, bangun sambil mendakwa peguam syarie Muhammad Hafiz Abdul Rasid bersubahat dengan suaminya, Dr. Bahrom Sanugi, 61,.

Tindakan itu turut membuatkan Muhammad Hafiz ‘melenting’ lalu menyuruh Sri Wani diam dan duduk.

Keadaan tersebut berlanjutan beberapa ketika di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sehingga terpaksa ditenangkan.

Terdahulunya, wanita terbabit yang sebelum ini diminta tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipenjarakan kerana melanggar perintah, hari ini ‘membalas’ tindakan suaminya itu dengan memohon agar kesemua kes berkaitan mereka digantung buat sementara waktu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment