My Add

Wednesday 20 June 2012

Swasta dan kerajaan perlu bekerjasama - PM

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sektor swasta dan kerajaan perlu bekerjasama bagi memastikan daya tahan ekonomi Malaysia diperkukuhkan lagi bagi menampan apa sahaja kesan yang bakal diterima dari ekonomi global.

Katanya tinjauan ekonomi global yang muram dan kegawatan kewangan yang berlaku di zon euro dijangka memberikan risiko yang serius terhadap ekonomi dunia.

“Kita perlu memastikan ekonomi negara berada pada kedudukan paling kukuh bagi mengharungi kegawatan ekonomi global."

"Kita perlu berusaha bermati-matian bagi mengukuhkan daya saing produk dan perkhidmatan Malaysia dan meraih peluang baharu di pasaran bukan tradisi bagi mengekalkan prestasi eksport," katanya semasa menyampaikan ucaptama semasa Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ke-66 di sini hari ini.

Najib berkata sektor swasta dijangka memainkan peranan yang semakin meningkat di dalam membentuk iklim pelaburan.

“Saya akan mengumumkan satu siri insentif pelaburan dari semasa ke semasa bagi menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik.

Beliau berkata krisis yang berlaku di zon euro dan kemelesetan di dalam ekonomi AS membahayakan keyakinan perniagaan dan pasaran.

“Sebarang bentuk ketidaktentuan atau ketidakstabilan akan mendorong kepada risiko perniagaan yang lebih meluas," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment