My Add

Tuesday 19 June 2012

Tiada cadang naik umur bersara wajib sektor awam

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan umur persaraan wajib anggota sektor awam kepada 66 tahun seperti mana umur persaraan wajib bagi Hakim. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata sebaliknya untuk memenuhi keperluan perkhidmatan tertentu, kerajaan akan membuat pelantikan secara kontrak bagi pegawai yang bersara wajib.

"Dengan cara ini, kerajaan akan dapat memastikan bahawa pegawai yang berprestasi tinggi saja yang akan dilantik untuk terus berkhidmat selepas umur bersara wajib mengikut keperluan perkhidmatan," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamed Nazri berkata, kerajaan juga akan sentiasa memantau situasi pasaran buruh sebelum mempertimbangkan sebarang cadangan untuk meningkatkan umur persaraan wajib bagi anggota sektor awam.

No comments:

Post a Comment