My Add

Friday 15 June 2012

Tiga bandar di Selangor catat IPU tidak sihat

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Kualiti udara di tiga bandar di Selangor iaitu Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor berada pada tahap tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebih 100.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 11 pagi tadi, ketiga-tiga bandar berkenaan mencatatkan bacaan IPU 106, 130 dan 131.

Sebanyak 64 peratus bandar, majarotinya di Semenanjung Malaysia berada pada tahap IPU sederhana dengan catatan tertinggi di Seri Manjung, Perak (94); Cheras, Kuala Lumpur (91) dan Petaling Jaya, Selangor (85).

Sementara itu, sebanyak 30 peratus bandar majoritinya di Sabah dan Sarawak berada di tahap IPU baik dengan catatan paling rendah di Larkin Lama, Johor (35); Sandakan, Sabah (31) dan Sri Aman, Sarawak (33).

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment