My Add

Sunday 17 June 2012

Tolak pemimpin suka berbohong

*NAJIB Tun Razak diiringi Musa Aman bersalaman dengan penduduk pada Majlis Pecah Tanah Pusat Ternakan Bersepadu di Sook, Keningau, semalam. - MINGGUAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


Oleh HISYAMUDDIN AYUB
KENINGAU.SABTU, 16 Jun, 2012: Rakyat diingatkan supaya jangan sesekali melupakan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada dalam kerajaan dahulu yang hampir-hampir menggadaikan kedaulatan negara ini kepada Dana Monetari Antarabangsa (IMF) semasa krisis kewangan 1997.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pada masa itu amat bernasib baik kerana keputusan tegas yang diambil oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menyelamatkan negara daripada terjerumus dengan situasi sukar.

"Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangan sanggup untuk menyerah negara kepada IMF, namun dengan ketegasan Tun Mahathir yang yakin dengan kemampuan dan idea sendiri untuk menghadapi situasi tersebut, maka negara terselamat daripada menjadi mangsa kepada kebuntuan idea beliau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang bernilai RM30 juta di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ahli Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Najib memberitahu, Anwar boleh menuduh apa sahaja kepada kerajaan, namun rakyat perlu menilai kembali tindakan yang pernah beliau cuba lakukan kepada negara ketika berhadapan situasi sukar itu.

"Rakyat jangan lupa cubaan itu (IMF), sebaliknya perlu jadikannya sebagai satu perhitungan bijak dalam menilai kredibiliti seseorang pemimpin.

"Anwar juga selain suka berjanji dengan perkara yang tidak pasti dan bercakap bohong, banyak 'benda lagi' yang dia sendiri tidak dapat menafikannya.

"Bolehkah kita memaafkan orang yang suka berbohong kepada rakyat? Oleh itu, rakyat perlu menilai seseorang pemimpin dari sifat kepimpinannya, kemampuan beliau dan nasib masa depan negara.

"Satu lagi pembohongan besar beliau adalah pada 16 September 2008 yang menyatakan mahu mengambil-alih negara daripada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional apabila 30 Ahli Parlimen bersedia untuk bersamanya, sekali gus merampas kerajaan sedia ada," kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment