My Add

Monday 18 June 2012

Tolak perhimpunan yang membawa kemudaratan

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun, W012: Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin mengeluarkan resolusi bahawa perhimpunan haram yang membawa kemudaratan ummah dan negara perlu ditolak sekeras-kerasnya.

Biarpun hak bersuara dan memberikan pendapat dengan tujuan politik dibenarkan dalam Islam, perhimpunan haram wajar ditolak selaras dengan dua perkara maqasid syariah iaitu memelihara jiwa dan harta-benda.

"Dalam menuntut hak dan menjalankan aktiviti politik, rakyat mesti menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap pemimpin iaitu mentaati kepimpinan yang banyak mengusahakan perkara yang maaruf dan beriltizam kepada kerajaan yang sah.

"Rakyat juga mesti memberi nasihat dengan cara yang beradab dan berhikmah, memuliakan dan mendoakan kebaikan untuk pemimpin serta bersabar atas kekurangan pemimpin," tegas resolusi itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment