My Add

Saturday 16 June 2012

Tomoi mungkin dipertandingkan di Olimpik

ALOR SETAR, SABTU, 16 Jun, 2012: Persatuan Muay Malaysia (PMM) dan beberapa persatuan muay dari negara Asia sedang berusaha untuk meletakkan acara seni mempertahankan diri itu di peringkat Olimpik.

Presiden PMM, Mohd. Noor Amin Kaw Abdullah berkata perkara tersebut mungkin menjadi kenyataan dalam tempoh empat tahun akan datang iaitu pada Olimpik 2016, setelah syarat pertandingan sukan itu dikemaskini.

Beliau berkata, pihak penganjur Sukan Olimpik London telah mempelawa untuk diadakan acara pertunjukkan sukan itu.
"Kami mahu ketengahkan sukan muay ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan sukan lain yang dipertandingkan pada kejohanan Olimpik,” katanya kepada pemberita.
Mohd. Noor Amin yang juga Presiden Kelab Muay Kedah berkata pihaknya bersama persatuan dari negara Asia yang lain akan mengeluarkan peraturan baru untuk pertandingan di Olimpik termasuk memansuhkan aksi ”menghentak kepala lawan” bagi mengelak kecederaan serius kepada peserta. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment