My Add

Sunday, 17 June 2012

TPM tinjau Jambatan Kedua Pulau Pinang

*MUHYIDDIN Yassin ceria menikmati buah durian bersama masyarakat setempat pada program Semarak Kasih Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Taman Tanjung Aman, Butterworth, semalam. Muhyiddin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.

PULAU PINANG, SABTU, 16 Jun, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan kerja sehari ke negeri ini sempat meninjau projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dalam lawatan tersebut, Muhyiddin diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini projek tersebut oleh Pengerusi Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob.

Pembinaan jambatan yang memakan kos kira-kira RM4.5 bilion itu adalah usaha sama di antara China Harbour Engineering Company Ltd. dan UEM Builders Bhd. yang bermula pada 2008.

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu adalah yang terpanjang di Asia Tenggara menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai.

Projek tersebut dijadualkan siap pada September 2013. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment