My Add

Tuesday 19 June 2012

UMP, politeknik Indonesia meterai kerjasama

KUANTAN, ISNIN, 18 Jun, 2012: Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menjalinkan hubungan strategik dengan memeterai memorandum persefahaman (Mou) dengan tiga Politeknik LP31 dan sebuah sekolah tinggi dari Indonesia.

MOU itu melibatkan Politeknik LP3I Jakarta, Politeknik LP3I Bandung, Politeknik LP3I Medan dan Sekolah Tinggi Manajemen Ilmu Komputer (STMIK) Bina Sarana Global dalam usaha memperlihatkan perkongsian kepakaran dalam pembangunan teknologi maklumat.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim kerjasama intra-universiti itu dilihat penting dalam konteks penjajaran UMP di arena serantau dan antarabangsa.

"Kerjasama ini dijangka akan dapat melebarkan jaringan melibatkan rangkaian Politeknik LP3I dari seluruh Indonesia.

"Dalam konteks pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2011-2015, kerjasama antarabangsa seumpama ini membolehkan UMP meneroka peluang baru dalam pelbagai bidang dengan mendekati rakan-rakan kongsi yang berpotensi,” katanya pada majlis menandatangani MOU berkenaan di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment