My Add

Wednesday 6 June 2012

Usah persoal pengundi baru

SHAH ALAM, SELASA, 05 Jun, 2012: Badan Perhubungan UMNO Selangor membidas sikap pakatan pembangkang yang gagal memainkan peranan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menarik rakyat mendaftar sebagai pengundi.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, sikap tersebut dapat dilihat berlaku di Selangor apabila kerajaan negeri lebih suka mempersoalkan pertambahan pengundi baru yang berdaftar daripada menarik rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, katanya, kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah mengarahkan wakil mereka untuk membuat soal selidik dari rumah ke rumah bagi mencari pengundi baru di Selangor.

Menurutnya, di Selangor sahaja pertambahan pengundi baru dianggarkan berjumlah 300,000 orang manakala mereka yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi adalah berjumlah 600,000 orang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment