My Add

Tuesday 5 June 2012

UUM, UPM buat kajian hutan Belum-Temenggor

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjalankan kajian mengenai cuaca dan pengurusan hutan serta flora dan fauna di kawasan Kompleks Hutan Belum-Temenggor, di Hulu Perak.

Ia berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) melibatkan Yayasan Pulau Banding (PBF) dan kedua-dua universiti tersebut hari ini.

Di bawah MoU itu, pelajar UUM akan menjalankan kajian keberkesan pengurusan hutan, manakala pelajar UPM akan menjalankan kajian mengenai alam sekitar dan teknologi hijau.

MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif EMKAY, Ahmad Khalil Tan Sri Mustapha Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif PBF, Dr. Daniel Baskaran, UUM diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, manakala UPM diwakili oleh Timbalan Naib Canselornya, Prof Dr. Tai Shzee Yew.

Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Simpan Temenggor (147,505 hektar).— BERNAMA

No comments:

Post a Comment