My Add

Wednesday 6 June 2012

VIP dalang judi Euro?

Mohd. Bakri 
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias dan Ilah Hafiz Aziz
KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: Beberapa individu termasuk orang kenamaan (VIP) di negara ini dikesan menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola antarabangsa yang kini sedang menular sempena kejohanan bolasepak Euro 2012 yang akan bermula Jumaat ini.

Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei lalu itu, individu tersebut telah membuat pelaburan besar untuk mengerakkan operasi sindiket berkenaan.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang berkata, sindiket itu kembali beroperasi secara besar-besaran menjelang Euro 2012 yang akan membuat sepak mula Jumaat ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment