My Add

Friday 8 June 2012

WIEF bincang isu wakaf

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Isu berkaitan wakaf akan menjadi salah satu fokus perbincangan pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) kali kelapan kerana ia dilihat berpotensi untuk diperluaskan dalam rangkaian ekonomi dunia.

Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam berkata, forum melibatkan delegasi dari luar negara itu akan menjadi medium perbincangan mengenal pasti bidang-bidang yang boleh diberikan penumpuan khusus bagi menjana peningkatan ekonomi secara menyeluruh.

“Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk soal wakaf selain turut melibatkan perbincangan mengenai perbankan dan kewangan Islam yang kini dilihat sebagai platform ekonomi baru yang dahulunya dipelopori Barat," katanya pada sidang akhbar pengumuman penganjuran WIEF kali kelapan, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Setiausaha Agung WIEF, Tan Sri Ahmad Fauzi Abdul Razak dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Obet Tawil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment