My Add

Monday 23 July 2012

1.2j televisyen LED terjual

*LEBIH satu daripada tiga buah televisyen yang dijual di Malaysia adalah televisyen LED. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Julai, 2012: Rakyat Malaysia membeli lebih banyak set televisyen dan kadar ini semakin meningkat untuk televisyen yang dipertingkatkan ciri-ciri lampu latar LED dan sambungan Internet, atau gabungan kedua-duanya, menurut GfK Malaysia.

Syarikat penyelidikan pasaran terkemuka global itu mendedahkan trend pasaran televisyen di Malaysia bernilai AS$629 juta (RM1.887 bilion) dalam tempoh 12 bulan lalu.

Kepopularan televisyen LED semakin meningkat seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan bulanan yang konsisten sepanjang setahun lalu.

Menurutnya, pada hari ini, lebih satu daripada tiga (37 peratus) unit dijual dalam negara adalah televisyen LED, berbanding dengan setahun lalu apabila ia hanya menyumbang 17 peratus terhadap volum jualan semua televisyen skrin rata. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment