My Add

Wednesday 18 July 2012

17 individu sertai Bersih kekal membela diri

PUTRAJAYA, RABU, 18 Julai, 2012: Seramai 17 individu termasuk tiga ahli politik kekal membela diri di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara, hampir lima tahun lalu.

Tiga ahli politik tersebut ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan.

Ia berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang membatalkan rayuan mereka selepas membenarkan bantahan awal pendakwa raya.

Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Lim Yee Lan memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa perintah Mahkamah Tinggi mengarahkan mereka membela diri, tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Peguam Nazar Khan Mirbas Khan dan Jason Tay mewakili kesemua perayu manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Nur'aini Mohd. Noor mewakili pendakwa raya.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen pada 29 Ogos depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment